Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Pesta Makanan, Jom Ubah ke Pesta Ibadah (Info Kesihatan)



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFsKdZ9OEN0WAbNQvcfho7SoDxmc0W1FCFdkQPg_hKz9iNi_iGAkQVPukgoDBeafAanxVSV1KKyWhHwAa9Qset2nC9yXavzjoHkrzlsN8eVjhheen_Us0qYn0jEhgMJMNjd0gVgQ/s1600/images+%252811%2529.jpg
Kuliah puasa dari sudut kesihatan. Oleh Dr. Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)


Tajuk 'Ramadhan Pesta Makanan, Jom Ubah ke Pesta Ibadah'


Tajuk 'Ramadhan Pesta Makanan, Jom Ubah ke Pesta Ibadah'

Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat. Kini Ramadhan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini adalah pesta makanan. Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulanlembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa :-

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan.
- Nabi berbuka puasa dengan hanya 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang, bukan bergula putih) dan air kosong. Ini disebabkan berbuka puasa bukan hanya untuk perut namun ianya berfungsi sebagai sumber tenaga kepada hypotanamus (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan berbuka. Hypotanamus yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan.
- Ia akan menggangu fungsi kawalan hypotanamus. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita perlu.

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- Makanana yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trillion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang disegerakan. Allahuakbar.

4. Selepas solat maghrib, Sel sudah mendapat kembali tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan melebihi lima jenis makanan dalam satu hidangan iaitu nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan gunakan heater. Boleh gunakan air batu bagi menambah kesejukkan. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah menyuruh kita bersegera dalam bermandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan membasahkan rambut badan tidak basah.

6. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyaq, minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.

7. Solat isyaq berjemaah dan disambung dengan solat terawih, solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.

8. Pastikan jangan mengambil moreh. Makan selepas pukul 10.30 malam merupakan satu kemudaratan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa itu aktiviti terbaik adalah tadarus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan memberi input terbaik dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12.00 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana ianya mampu meningkatkan kadar kolestrol sebanyak 4 kali ganda.

10. Selepas itu, bangunlah pada jam 3.00 pagi untuk qiamullail. Sunat untuk kejutkan ahli keluarga dengan merenjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi, tiada masalah kesihatan.

11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir.

12. Selepas qiamulaail, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ini, langit ada spektro bewarna merah jambu diantara 3.00 pagi hingga 5.00 pagi. Masa ini Allah s.w.t. anugerah kesembuhan kepada banyak penyakit.

13. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak bagi mengelakkan cepat basi. Lebihkan masak semasaa makan malam, jangan mencapur garam dan simpankan sedikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campurkan garam.

14. Selepas sahur, terus solat subuh secara berjemaah.

15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamus. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

16. Tidur qailullah (1 jam sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Cover Photo Facebook Ramadhan Kareem 2

Cara makan kurma, 60% kebaikkan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas diluar. Kurma terbaik ada 4 jenis iaitu ajwa, mabrom, sapawi dan mariami.

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut, berehat lebih dari 8 jam.

Sebelum sampai Ramadhan, berazam untu berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan.


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates