Tuesday, April 29, 2014

Mockup Bunting + Business Card + Banner : Roti Pita Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd.





Tugasan kali ni berbentuk education purpose not corporate version. Aku terima task ni dari kawan untuk tujuan presentation sahaja dari subject entrepreneurship maybe. Orang nak belanja Mee Hailam D'Perak pon gua layan je, Rezeki. Design simple as ABC.. hehe 




Mockup Bunting Roti Pita Design 1
Mockup Bunting Roti Pita Design 1


Bunting Roti Pita Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd.
Mockup Bunting Roti Pita Design 2




Di bawah ada dua design berlainan...

Bunting Roti Pita (Black)


Bunting Roti Pita (Cokelat)



Mockup Business Card Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd.
Mockup Business Card Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd.



Banner Roti Pita Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd.
Banner Roti Pita Wan Malinja Food Industries Sdn. Bhd.


Read More

Sunday, April 27, 2014

Mockup Logo Mianonymus (Bonus Poster)




Ini merupakan first try aku untuk mereka bentuk logo, xde bakat pon nak mereka sesuatu yang cukup profesional,. Masih dalam proses pembelajaran. Diatas merupakan design yg aku olah sikit daripada yang aku jumpa dari google.

Konsep design berdasarkan hijab/shawl. Dan inilah hasilnya. Kritikan anda amat diperlukan. =D



Vintage Concept
Combined




---------------------------------------------------

-------------------------------

Ni design yang telah dipersetujui... typo dari Mianonymous =>> Mianonymus...abaikan yang atas
kakaka



eja betul-betul M-I-A-N-O-N-Y-M-U-S
Poster bedal-bedal
kahkahkah..

Jemput singgah ke Facebook MIANONYMUS

dan Instagram "MIANONYMUS"


Read More

Monday, April 21, 2014

Bunting Kahwin Nurhanum & Azim


Assalamualaikum,

Pada Jumaat 18 April 2014 aku menerima tugasan daripada sifu Haris CreativeColor  untuk menyiapkan tugasan pertama iaitu bunting kahwin. Biarpun keletihan masih belum terubat pulang dari Shah Alam, aku tetap nekad untuk menyelesaikan tugasan tersebut atas dasar penerimaan pembelajaran.

Dibawah merupakan mockup dari hasil design aku. 

Mockup Bunting Kahwin
Mockup Bunting Kahwin
Dibawah merupakan perbandingan design diantara aku dan sifu Haris CreativeColor.  Sifu Haris telah membuat sedikit touch up daripada design yang telah aku buat. Beza memang berbeza.

Bunting Kahwin Sebelum dan Selepas Touch Up
Bunting Kahwin Sebelum dan Selepas Touch Up

Melalui apa yang telah aku dapat, setelah menerima komen positif, tulisan WalimatulUrus (di pic mockup sebelah kiri) tidak sesuai untuk mengguna pencampuran font yang amat ketara atau berbeza. Jadi aku hanya perbaiki tulisan mengguna kan konsep font italic yang sama dan selaras. Seterusnya, penggunaan font yang sesuai akan menaikkan konsep design. Perbandingan yang amat ketara terhadap dua design dari sesuatu yang amat simple dan seterusnya penonjolan idea bagi menaikkan seri tersebut. Masih perlu banyak digilap dan harus menerima kritikan penambahbaikkan.

Sekian.. !!
Read More

Sunday, April 20, 2014

Banner & Bunting Foaz Oblong


Task yang diterima oleh kawan gua jugak... Aku pon xtaw ni untuk sapa.. 
Layankan je lah.. =D
Mockup Bunting Foaz Oblong

Bunting Foaz Oblong
Bunting Foaz Oblong

Banner Foaz Oblong
Banner Foaz Oblong

Read More

Collection of Website Banner



Digital Material

Website Banner Design

Inno Smart Sistem Maklumat Pengajaran Pensyarah
Inno Smart Sistem Maklumat Pengajaran Pensyarah

Research Grant for UiTM (Terengganu)
Research Grant for UiTM (Terengganu)
Student Events Notification System via SMS FSKM UiTM
Student Events Notification System via SMS FSKM UiTM
Purchasing Management System for INTERXS Company
Co-Curriculum Merit Calculation System SMK Kebangsaan Bandar T6, Kluang, Johor
Co-Curriculum Merit Calculation System SMK Kebangsaan Bandar T6, Kluang, Johor
E-Training Management System (E-TraiMS) iLQAM UiTM (Terengganu)
i-Kindergarten
i-Kindergarten

Read More

Collection of Facebook Cover Photo Group & Personal (Download)



Digital Material

Cover Photo for Personal Used

Cover Photo Hari Raya Aidilfitri
Cover Photo Hari Raya Aidilfitri

Cover Photo Maulidur Rasul
Cover Photo Maulidur Rasul 
Cover Photo Personal Twitter
Cover Photo Personal Twitter

Cover Photo for Facebook Group

Cover Photo for Class Final Examination Timetable
Cover Photo for Class Final Examination Timetable 2012
Download Cover Photo for Class Final Examination Timetable 2012

Cover Photo for Business Computing UiTM (Terengganu)
Cover Photo for Business Computing UiTM (Terengganu)
Cover Photo for Class Final Examination Timetable
Cover Photo for Class Final Examination Timetable 2013/2014
Download Cover Photo for Class Final Examination Timetable 2013/2014
Cover Photo for Bananana Futsal Team Group
Cover Photo for Bananana Futsal Team Group


Read More

Wednesday, April 2, 2014

WAJIB AMALKAN DAN BACA (Doa Pelindung Fitnah Dajjal + 10 ayat terawal & terakhir Surah Al-Kahfi)



10 AYAT SURAH AL-KAHFI

Bacaan 10 ayat terawal dan terakhir ini untuk memohon Pelindungan Allah SWT Daripada Fitnah Dajjal
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).


Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.

Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)


10 AYAT PERTAMA SURAH AL-KAHFI







Pada lafaz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadis hasan.”

Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”


10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI






Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Baginda SAW mengajar satu doa pelindung daripada 4 perkara untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah :

DOA SELEPAS TAHHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM




Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”

Ruminya : Alloohumma inni a'uuzu bika min 'azaabil qabri, wa min 'azaabi jahannam , wa min fitnatil mahyaaa wal mamaati, wa min syarri fitnatil masiihid dajjaal

Bersama kita amalkan =D


Read More

KESEMPURNAAN SOLAT




Tuntutan-tuntutan kesempurnaan solat ada dua belas sekurang-kurangnya,
(enam sebelumnya dan enam lagi di dalamnya)....

Pertama: Ilmu.
Nabi Muhammad SAW bersabda : Sedikit amal yang disertai dengan ilmu itu lebih baik dari banyak amal dalam kebodohan. (Maksud Al-Hadith). Ilmu itu mencakupi tiga bahagian:
(1) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat solat.
(2) mengetahui mana yang fardhu dan mana yang sunat wudhu.
(3) mengetahui pula tipu daya syaitan sehingga dapat memeranginya.

Kedua: Wudhu.
Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada solat kecuali dengan bersuci berwudhu. (Maksud Al-Hadith)
Wudhu itu terbahagi kepada tiga :
(1) menyucikan hati dari hasad dengki dan marah.
(2) menyucikan badan dari dosa.
(3) membasuh anggota wudhu dengan sempurna tanpa berlebih-lebihan.

Ketiga: Berpakaian.
ALLAH s.w.t. berfirman : Pakailah perhiasanmu ketika mendatangi masjid (untuk bersolat). (Surah Al-Araf : 7 : 31)
Kesempurnaan berpakaian itu :
(1) halal.
(2) suci dari najis.
(3) sesuai dengan sunnah dan memakainya bukan kerana sombong.

Keempat: Menjaga waktu.
Firman ALLAH s.w.t. : Sesungguhnya solat itu diwajibkan atas orang-orang mukmin pada waktunya. (Surah An-Nisa, 4 : 103). Tiga bahagian penjagaan waktu:
(1) dengan melihat matahari atau bulan sehingga dapat menentukan waktu.
(2) mendengar azan.
(3) fikiran sentiasa menghargai waktu iaitu dengan membuat kerja-kerja yang ALLAH s.w.t. suka.

Kelima: Menghadap kiblat.
Firman ALLAH s.w.t. : Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah). Di mana pun kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.(Surah Al-Baqarah, 2 : 144). Kesempurnaan menghadap kiblat terbahagi juga kepada tiga:
(1) menghadap kiblat dengan muka.
(2) menghadapkan hati kepada ALLAH s.w.t.
(3) khusyuk dengan solat yang didirikan.

Keenam: Niat.
bersabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya amal itu bergantung kepada niat, dan untuk tiap orang apa yang diniatkannya. (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)
Tiga aspek kesempurnaan niat:
(1) mengetahui solat apa yang sedang dikerjakan.
(2) sedar sedang berdiri di hadapan ALLAH s.w.t. dan dilihatNYA.
(3) sedar bahawa ALLAH s.w.t. mengetahui apa yang ada dalam hati, dan kerananya hati haruslah dikosongkan dengan kesibukan dunia dan ingat kepadaNYA sentiasa

Ketujuh : Takbir.
Firman ALLAH s.w.t. : Awal solat adalah takbir sedang akhirnya adalah salam. (Maksud Al-Hadith)
Tiga bahagian kesempurnaan takbir:
(1) membaca takbir dengan benar.
(2) mengangkat tangan ke paras telinga.
(3) hati terlintas niat.

Kelapan : Berdiri (bagi yang berkuasa berdiri).
Firman ALLAH s.w.t. : Berdirilah kerana ALLAH serta mentaatiNYA. (Surah Al-Baqarah, 2 : 238)
Tiga bahagian kesempurnaan berdiri:
(1) Menempatkan pandangan ke tempat ujud.
(2) memelihara hati supaya sentiasa ingat kepada ALLAH.
(3) tidak menoleh ke kiri atau ke kanan.

Kesembilan: Membaca Al-Fatihah.
Firman ALLAH s.w.t. : Oleh itu bacalah apa yang mudah di antara (kandungan) Al-Quran. (Surah l-Muzammil, 73 : 20)
Tiga kesempurnaan membaca Al-Fatihah:
(1) membaca dengan betul tajwid dan tartil (dengan lagu).
(2) merenung maknanya.
(3) mengamalkan apa yang dibaca.

Kesepuluh: Rukuk.
Firman ALLAH s.w.t. : an rukuklah. (Surah Al-Baqarah, 2 : 43)
Kesempurnaan rukuk ada tiga hal:
1) Meletakkan tangan ke lutut dengan jari-jari direnggangkan.
(2) bertoma’ninah.
(3) membaca tasbih.

Kesebelas: Sujud.
Firman ALLAH s.w.t. : Dan sujudlah kepada ALLAH yang menciptakan semuanya, kalau kamu benar-benar menyembahNYA. (Surah Fusilat, 41 : 37)
Tiga bahagian kesempurnaan sujud:
(1) meletakkan tangan sama dengan kedua telinga dengan lengan tidak terlalu dibuka terlalu lebar.
(2) bertoma’ninah.
(3) membaca tasbih

Kedua belas: Bertasyahud (duduk tahiyat akhir).
Bersabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki mengangkat kepalanya dari akhir sujud dan duduk sekadar tasyahud, maka sempurnalah solatnya. (Maksud Al-Hadith)
Tiga perkara yang perlu diperhatikan semasa bertasyahud:
(1) duduk dengan kaki kiri di bawah kaki kanan.
(2) membaca tasyahud serta berdoa untuk diri dan kaum muslimin seluruhnya.
(3) memberi salam dengan sempurna iaitu berniat bahawa salam itu ditujukan kepada orang di sebelah kanan dan kiri.

Setelah sempurna dua belas perkara di atas, perlulah kesemuanya dilakukan secara ikhlas. Di dalam Al-Quran ada diperjelas : Sembahlah ALLAH serta mengikhlaskan agama bagiNYA. (Surah Az-Zumar, 39 :2)

Bagaimana dengan solat kita? Sudahkan disempurnakan dua belas perkara asas seperti yang Imam Al-Ghazali kata? Jika sudah, syukurlah kepada ALLAH Yang Maha Esa, dan istiqomahlah dengannya. Jika belum, marilah kita memperbaiki solat kita. Semoga di Hari Kemudian kita datang menemuiNYA dengan penuh keredhaan dan termasuk dalam golongan yang difirman :Siapa yang datang dengan kebaikan, maka ia mendapat balasan lebih baik dari apa yang dia kerjakan. (Surah Al-Qasas, 28 : 84)

Wallahu alam bishowab.

Sumber dari : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW
Read More
Designed By Seo Blogger Templates