Monday, April 21, 2014

Bunting Kahwin Nurhanum & Azim


Assalamualaikum,

Pada Jumaat 18 April 2014 aku menerima tugasan daripada sifu Haris CreativeColor  untuk menyiapkan tugasan pertama iaitu bunting kahwin. Biarpun keletihan masih belum terubat pulang dari Shah Alam, aku tetap nekad untuk menyelesaikan tugasan tersebut atas dasar penerimaan pembelajaran.

Dibawah merupakan mockup dari hasil design aku. 

Mockup Bunting Kahwin
Mockup Bunting Kahwin
Dibawah merupakan perbandingan design diantara aku dan sifu Haris CreativeColor.  Sifu Haris telah membuat sedikit touch up daripada design yang telah aku buat. Beza memang berbeza.

Bunting Kahwin Sebelum dan Selepas Touch Up
Bunting Kahwin Sebelum dan Selepas Touch Up

Melalui apa yang telah aku dapat, setelah menerima komen positif, tulisan WalimatulUrus (di pic mockup sebelah kiri) tidak sesuai untuk mengguna pencampuran font yang amat ketara atau berbeza. Jadi aku hanya perbaiki tulisan mengguna kan konsep font italic yang sama dan selaras. Seterusnya, penggunaan font yang sesuai akan menaikkan konsep design. Perbandingan yang amat ketara terhadap dua design dari sesuatu yang amat simple dan seterusnya penonjolan idea bagi menaikkan seri tersebut. Masih perlu banyak digilap dan harus menerima kritikan penambahbaikkan.

Sekian.. !!


No comments:

Post a Comment

Designed By Seo Blogger Templates